http://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_d.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_i.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_h.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_f.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_e.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_d.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_c.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2015_b.png
Pengumuman

Peperiksaan Percubaan SPM

Peperiksaan Percubaan SPM mulai 27 Ogos 2018.




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 10 guests online
Laman Utama
User Rating: / 0
PoorBest 

Kelab Guru 2018 telah mulai tahun ini dengan aktiviti kembara baginda iaitu 'jungle trekking' ke Sungai Lepoh, Hulu Langat pada 3 Februari, 2018.  Seramai 30 orang guru bersama keluarga masing-masing telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.  Aktiviti "jungle trekking' sudah tentunya tergolong dalam aktiviti yang paling mencabar serta menarik minat peserta yang menyertainya.

 

Pengalaman merasai debaran memasuki hutan dan menikmati perjalanan yang penuh dengan halangan mencabar selama dua jam ke kemuncak sememangnya menyimpan seribu satu kenangan yang tidak mudah luput daripada ingatan. Sepanjang perjalanan meredah hutan itu, macam-macam halangan berbahaya perlu diharungi seperti jalan sempit dan licin, pohon berduri selain cabaran perlu berpaut pada dahan-dahan dan kadang-kadang terpaksa merangkak untuk meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah semua selamat sampai ke kemuncak dan yang paling menarik dapat mandi manda air terjun yang jernih dan sejuk airnya.  Kepenatan mendaki bukit dan meredah hutan hilang terus bila melihat keindahan alam semula jadi.

Pengalaman yang indah ini tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan silahturahim dalam kalangan para peserta.  Semua peserta sampai ke kem lebih kurang jam 2.00 petang dengan selamatnya, Alhamdulillah.  Terima kasih diucapkan kepada En Syukri, pengerusi kelab guru dan ajk yang telah mengadakan ini.

Last Updated (Friday, 09 February 2018 02:33)