http://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018c.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018b.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2018a.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017b.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2017a.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_e.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2016_a.png
Pengumuman

Mesyuarat Agung PIBG

Semua ibu bapa dijemput hadir ke mesyuarat agung PIBG pada 19 Januari 2019 di Dewan Perdana.




Hari Graduasi Lepasan Tingkatan 5 2018

Pelajar lepasana tingkatan 5 2018 yang telah mendaftar ke Majlis Graduasi kali ke 10 akan berlangsung pada Sabtu bersamaan 20 April 2019. Hadir sebelum 7.30 pagi.




Senam Zikir 3.0

Majlis penutupan Senam Zikir 3.0 akan diadakan pada 27.4 2019. Jemputlah beramai-ramai memeriahkan lagi majlis tersebut




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 10 guests online
Laman Utama Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Mulk

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Mulk

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

.

.

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.

.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.

.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.