:: Selamat Datang Ke SMK Dato' Abu Bakar Baginda :: sekolah menengah kebangsaan dato' abu bakar baginda http://smkdabb.edu.my/component/content/frontpage.html Tue, 26 May 2020 13:40:37 +0000 Joomla! 1.5 - Open Source Content Management en-gb PELANCARAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN DAN NILAM http://smkdabb.edu.my/component/content/article/239-pelancaran-dekad-membaca-kebangsaan-dan-nilam.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/239-pelancaran-dekad-membaca-kebangsaan-dan-nilam.html

Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan NILAM telah dijalankan pada 6 Mac 2020 di Dewan Perdana SMKDABB. Pelancaran telah dijalankan secara sederhana namun meriah dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang Peminjam Buku Terbanyak Bulanan serta Rekod e-NILAM tertinggi bulanan.

Majlis telah disempurnakan oleh pengetua, Pn Hjh Zarinah bt Md Hassan bersama Penolong Kanan, Pn Roslinah bt Ab Rahman bersama-sama Guru Kanan Matapelajaran dan Guru Perpustakaan dan Media ( Pn Juliawati bt Sakiman ).

Majlis telah diakhiri dengan sesi resensi buku oleh Nur Amylia Natasya (2F). Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan DMK 2021-2030.

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Tue, 10 Mar 2020 06:57:29 +0000
MAHRAJAN AL-QURAN MQSS PERINGKAT DAERAH 2020 http://smkdabb.edu.my/component/content/article/238-mahrajan-al-quran-mqss-peringkat-daerah-2020.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/238-mahrajan-al-quran-mqss-peringkat-daerah-2020.html

Pada 5 Februari 2020, SMK Dato' Abu Bakar Baginda telah menyertai pertandingan Mahrajan Al-Quran MQSS peringkat Daerah Sepang bagi tahun 2020.

Keputusan Pertandingan Mahrajan Al Quran MQSS adalah seperti .
1.Mohammad Afiq  dari kelas 5KAA mendapat johan Hafazan
2.Nurul Fatihah dari kelas 5C mendapat tempat ketiga kategori tilawah perempuan
3.M.Syakir  dari kelas 4KAA mendapat tempat ketiga kategori tilawah lelaki

Tahniah untuk semua peserta dan guru pembimbing.

 

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Tue, 10 Mar 2020 06:29:48 +0000
GURU 2019 http://smkdabb.edu.my/component/content/article/234-guru-2019.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/234-guru-2019.html GURU 2019

 

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Tue, 10 Mar 2020 06:28:48 +0000
PROGRAM SENAM ZIKIR 3.0 http://smkdabb.edu.my/component/content/article/232-program-senam-zikir-30.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/232-program-senam-zikir-30.html  

PIBG SMK Dato’ Abu Bakar Baginda telah melancarkan program Senam Zikir 3.0 pada 1 April 2019. Program ini diadakan untuk membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana sekolah. Program ini dijalankan selama sebulan. (1 – 30 April 2019) Inisiatif ini diambil oleh pihak PIBG berikutan pertambahan bilangan pelajar dan guru bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sempurna. Jadi, dengan adanya kemudahan prasarana dan fasiliti yang sesuai, diharap masalah ketidakselesaan dan kekurangan fasiliti ini dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaan kondusif untuk semua warga sekolah.

 

 

 

 

Pada 27 April 2019 - Acara penutup Program senam Zikir telah dijalankan serentak dengan Karnival sukan dan permainan serta Sambutan Hari Guru. Pada hari ini juga diadakan penyanpaian hadian kepada pelajar dan guru yang mendapat kutipan tertinggi.

 


Pemenang kutipan Kad Senam Zikir 3.0 mengikut kategori

A. Kategori keluarga murid

1. Aleya Natasha Bt Dato' Kamari         - 2 Bestari (RM 8k)

2. Nurul Iman Bt Samijan                       - 4 Cerdik

Muhammad Shafiq Bin Samijan           - 2 Bijak PPKI  (Rm 6105)

3.Mardhiah Zulaikha                                - 1KAA (Rm 4500)

 

B. Kategori guru

1. Pn Hjh Roslinah -Rm 5252

2. Pn.Rabiatul Adawiyah- Rm5166

3. Pn Hjh Siti Sakinatun - Rm2666

 

C. Kategori kelas

Kelas tertinggi

1.  2KAA - Rm 6885           ( Pn Siti Zuhairah)

2. 2 Bestari - Rm 6282     ( Pn Norlisana)

3. 1KAA - Rm 6177.30      ( Pn Ummi Hani)

 

Antara hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjung Program Senam Zikir 3.0

 

Pemenang menerima hadiah seperti yang dijanjikan.

 

 

 

 

 

 

 



 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Sun, 05 May 2019 09:53:07 +0000
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN http://smkdabb.edu.my/component/content/article/229-majlis-tilawah-al-quran.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/229-majlis-tilawah-al-quran.html

Pada 13 April 2019 SMK DABB telah terpilih menjadi tuan rumah pertandingan MTQ Daerah Negeri Selangor.

Alhamdulillah SMK DABB berjaya menjadi Johan kategori Tilawah Ren L dan  Naib Johan Tilawah Men L

 

 

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Tue, 16 Apr 2019 06:49:17 +0000
JALINAN ANTARABANGSA MADRASAH TSANAWIYAH NEGERI 3, JOMBANG JAWA TIMUR http://smkdabb.edu.my/component/content/article/231-jalinan-antarabangsa-madrsah-tsanawiyah-negeri-3-jombang-jawa-timur-.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/231-jalinan-antarabangsa-madrsah-tsanawiyah-negeri-3-jombang-jawa-timur-.html Pada 5 APRIL  2019, SMKDABB telah di kunjungi oleh delegasi Indonesia. Delegasi Indonesia ini terdiri daripada guru dan pelajar dari Madrasah Tsanawiyah, Jombang  untuk melawat sekolah. dengan tujuan kedatangan delegasi Indonesia ini adalah untuk berkongsi dan melihat sendiri bagaimana program pembacaan dilakukan di sekolah SMKDABB

 

KESERONOKAN PELAJAR MADRASAH TSANAWIYAH MELIHAT PAMERAN DAN MENCUBA VIRTUAL REALITY YANG DI PAMERKAN DI DIGITAL HUB

SMKDABB

 

 

 

 

 

SESI BERGAMBAR SEBAGAI TANDA KENANGAN BERSAMA ANTARA SMKDABB DAN MADRASAH TSANAWIYAH

 

DUTA DIGITAL HUB MENUNJUKKAN DEMONTRASI PENGGUNAAN APLIKASI MIKROBIT

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Mon, 29 Apr 2019 23:39:45 +0000
PERTANDINGAN ROBOTIK DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 http://smkdabb.edu.my/component/content/article/227-pertandingan-robotik-dan-inovasi-peringkat-kebangsaan-2018.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/227-pertandingan-robotik-dan-inovasi-peringkat-kebangsaan-2018.html SMKDABB dan Elvira System Sdn. Bhd menjadi Hos bersama bagi menganjurkan Pertandingan Robotik dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2018. 8 September 2018 adalah hari pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertujuan menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam menyelesaikan masalah yang disediakan oleh pihak penganjur untuk dipilih ke pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat global. Pelajar yang kreatif adalah pelajar yang sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu yang baru.

Suasana di hari pertandingan

Microbit League Soccer

Guru-guru yang komited pada hari tersebut

SMKDABB berjaya menjadi johan dalam pertandingan microbit League Soccer SMK

Johan Escape from Alcatraz SMK dan Microbit League Soccer SRK

Berikut adalah keputusan Pertandingan Robotik dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2018:

Microbit  League Soccer SMK

Johan: SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Naib Johan: Maahad Integrasi Tahfiz Ilmuwan A

Ketiga: Maahad Integrasi Tahfiz Ilmuwan C

Microbit  League Soccer SRK

Johan: SK Sikamat, Negeri Sembilan

Naib  Johan: SK Dengkil, Selangor

Ketiga: SK Sg Lerek, Terengganu

Escape from Alcatraz SMK

Johan:SMJKLKChi Wen, Bahau, Negeri Sembilan

Naib Johan: SMK Tunku Besar Burhanuddin

Ketiga: Malay College Kuala Kangsar

Escape from Alcatraz SRK

Johan:SK Dengkil

Naib Johan: SK Sg Lerek, Terengganu

Ketiga: SK Sikamat, Negeri Sembilan

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Wed, 12 Sep 2018 10:17:59 +0000
PERASMIAN MIRC PERINGKAT KEBANGSAAN DAN DIGITAL MAKER HUB@CHAMPION SCHOOL SMKDABB http://smkdabb.edu.my/component/content/article/226-perasmian-mirc-peringkat-kebangsaan-dan-digital-maker-hubchampion-school-smkdabb-.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/226-perasmian-mirc-peringkat-kebangsaan-dan-digital-maker-hubchampion-school-smkdabb-.html Perasmian MIRC peringkat kebangsaan dan Digital Maker Hub@Champion School telah diadakan di Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda pada 7 September, 2018. Majlis telah dirasmikan  oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, YAB Dato' Menteri Besar Selangor.  Turut hadir adalah  YAB Mohammed Hanipa bin Maidin (YAB Timbalan JPM merangkap ahli Parlimen Sepang), Tuan Mohamad Radzi bin Abdullah (Ketua Sektor Jaminan Kualiti, memangku Timbalan Pengarah JPN Selangor) dan Encik Mohd. Farid bin Zainal Abidin (Ketua Pengawai Eksekuti Elvira Systems Sdn. Bhd.) Menurut ucapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMKDABB yang dilantik dan dianugerahkan oleh pihak MDEC sebagai My Digital Maker @Champion School 2018. Pihak sekolah dijadikan Hub untuk menyebarluaskan budaya digital maker dalam kalangan murid, warga sekolah dan masyarakat sekitar. Semoga pihak sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranannya dengan baik dan berkesan.


Suasana upacara perasmian di dalam Dewan Perdana

Perasmian Digital Maker Hub@ Champion School

Bengkel penyediaan robot untuk pertandingan

 

Terima kasih diucapkan kepada YAB Tuan Amirudin bin Shari, YAB Dato' Menteri Besar Selangor yang sudi meruangkan masa merasmikan majlis tersebut.  Terima kasih juga kepada pihak KPM, JPNS, BTPNS, PPD, PKG, MDEC dan juga Elvira Sdn. Bhd yang memberi kepercayaan dan peluang kepada SMKDABB untuk melaksanakan MIRC peringkat kebangsaan.

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Tue, 11 Sep 2018 13:32:26 +0000
THE SHARING OF ARTS AND READING PROGRAMME MALAYSIA - KOREA http://smkdabb.edu.my/component/content/article/225-the-sharing-of-arts-and-reading-programme-malaysia-korea.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/225-the-sharing-of-arts-and-reading-programme-malaysia-korea.html Pada 29 Ogos, 2018, SMKDABB telah di kunjungi oleh delegasi KOREA. Delegasi Korea ini terdiri daripada beberapa Ahli Persatuan Perpustakaan Korea (Korea Library Association) dan juga guru dari Korea. Seramai 11 orang pelawat dari negara Korea telah datang untuk melawat sekolah terutama Baitul Hikmah, Perpustakaan SMKDABB. Tujuan kedatangan delegasi Korea ini adalah untuk berkongsi dan melihat sendiri bagaimana program pembacaan atau NILAM di sekolah di laksanakan dan boleh diimplementasikan di Korea nanti.

Guru-guru bergambar bersama delegasi Korea sebelum memulakan lawatan.

 

Bergambar di Galeri Nur Baginda

 

Pelawat dari Korea mencuba peralatan muzik yang ada di Baitul Hikmah

Aktiviti mencanting batik, delegasi Korea di beri peluang untuk mewarnakan batik mengikut kreativiti mereka

Seterusnya pelawat Korea di hidangkan dengan buah-buahan tempatan .

Semoga dengan adanya lawatan dari delegasi Korea ke SMKDABB ini dapat mewujudkan jalinan terus hubungan antara dua negara.

 

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Thu, 06 Sep 2018 06:51:30 +0000
MAJLIS KEMUNCAK PENGHAYATAN KEMERDEKAAN KE-61 http://smkdabb.edu.my/component/content/article/224-majlis-kemuncak-penghayatan-kemerdekaan-ke-61.html http://smkdabb.edu.my/component/content/article/224-majlis-kemuncak-penghayatan-kemerdekaan-ke-61.html MAJLIS KEMUNCAK BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN KE-61 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

Salam dan selamat menyambut bulan kemerdekaan KE-61. Terima kasih kepada semua Pahlawan, Pejuang Kemerdekaan dan prajurit negara yang telah memerdekakan negara ini. Al fatihah pada mereka semua kerana jerit perih kalian , kami mendapat kemerdekaan dan kemananan ini. Kerana kalian, kami punya Negara bertuah dan berdaulat, kerana kalian kami jadi bangsa bermaruah.

Majlis sambutan telah diadakan pada 30 0gos 2018 di Dewan Perdana SMKDABB bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. Selain itu, diharapkan juga dapat mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan  dan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.

Suasana semasa program berlangsung di Dewan Perdana

Guru-guru SMKDABB juga turut memeriahkan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah 2018.

 

 

Firman Allah yang bermaksud :

“dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan,mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya ) sedikit pun.”- (surah an Nisa, ayat 124)

Seseorang akan mendapat kemerdekaan sebenar jika menghayati ajaran islam. Islam memberi panduan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Sesiapa berpandukan kepada ajaran islam pasti tidak akan sesat di dunia dan bakal mendapat kejayaan di akhirat.

 

 

Rujuk link untuk tontonan video merdeka SMKDABB: https://www.youtube.com/watch?v=jeBEzV7M66g

 

 

]]>
admin@smkdabb.edu.my (Administrator @ SMKDABB) frontpage Mon, 03 Sep 2018 03:50:33 +0000