http://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_test3.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_test2.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_test.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_i.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_h.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_f.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_e.pnghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_d.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_c.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_b.jpghttp://www.smkdabb.edu.my/images/hot_gallery/2014_a.jpg
Pengumuman

Bengkel Teknik Menjawab

Tahniah kepada semua guru SMKDABB yang telah menjayakan bengkel teknik menjawab BM, Sains, Kimia dan Matematik. Semoga murid-murid dapat manfaat daripada bengkel tersebut. Kehadiran murid-murid pun sungguh menggalakkan.




Cuti Penggal 1

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru. Semoga selamat dalam perjalanan di mana jua berada. Semua guru telah menyediakan bahan untuk cuti terancang. Semoga semua murid dapat mengulangkaji mata pelajaran sambil bercuti di mana jua anda berada.




Persekolahan Penggal Kedua

Sekolah akan dibuka semula pada 16 Jun 2014. Di harap semua murid terutama murid tingkatan 3 dan 5 lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM, In Syaa Allah.




Pautan

Pengunjung Semasa
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

We have: 8 guests online
Nasyid

mp3 flash player by undesign website design.

Laman Utama Kelahiran dan Riwayat Hidup Bilal bin Rabah

Kelahiran dan Riwayat Hidup Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin Khalaf.

Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan

Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.

Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!

Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.

Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas".

Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.

Kelebihan beliau

Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.

Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Kematian beliau


Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan para kekasih Muhammad dan sahabat baginda.” Semoga Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan balasan yang baik.